Pengalaman Di Sekolah Baru
Situasi 1
Tanggal 01.06.2009 aku mula melapor diri di sekolah baru. Aku mohon pertukaran dalam daerah setelah 8 tahun bertugas di sini. Menyedari kelebihan guru matematik di sekolah tersebut, aku ambil langkah mohon lebih awal sebelum aku ditukarkan. Pada pendapat aku, kalau ditukarkan entah kemana dihumban kita tak tahu. Tapi kalau kita yang mohon boleh mintak dekat-dekat je... Kalau tak dapat boleh buat alasan tak nak pergi... tapi kalau dah ditukarkan tak ada jalan dah nak tolak.....
Kira-kira jam 9.00 pagi aku singgah di sekoplah baru bersama keluarga yang kebetulan nak ke bandar KT, jadi aku bawak sekalilah... lagipun bukan apa, hanya nak lapor diri terima pertukaran je... tambahan pula masih dalam cuti pertengahan semester...
Pertama kali aku masuk ke pejabat, aku lihat ada seorang lelaki separuh umur dan aku kira dia memang kerani atau pekerja di situ. "Assalamualaikum......" tiada jawapan. Aku ulang lagi "Assalamualaikum......" juga tiada jawapan. Aku tunggu lagi kot kot dia jawab. "Assalamualaikum.... boleh saya jumpa Guru Besar?..." Juga tiada jawapan tapi dia hanya mengangkat cermin mata dan melirikkan matanya ke arah ku. Aku jadi tertanya-tanya mungkin dia bisu atau pekak. Darah aku pun dah mula menggelegak... Orang ni tak kenal siapa aku kot....Silap-silap aku tak jadi tukar ke sini tapi tukar ke balai polis sebab belasah orang.... Sebelum apa-apa berlaku aku terus beredar,tapi sebelum aku keluar barulah aku dengar dia bersuara. "Guru besar kat makmal......" Aku tak hiraukan jawabannya terus buka pintu dengan satu ungkapan. "Aku ingat bisu tadi......."
Aku turun ke tingkat bawah dan kebetulan ada pekerja perempuan sedang menyiram bunga. Aku tanyakan di mana arah makmal... Setibanya aku di sana, kebetulan Guru Besar menjengah ke pintu dan aku langsung memperkenalkan diri untuk melapor diri ke sini. Sayunya hati apabila Guru Besar segera menghulurkan tangan dan memelukku sebagai mengalu-alukan aku . Dua situasi yang berbeza.... Aku dibawa semula ke pejabat dan menandatangani buku kehadiran melapor diri.
Situasi 2
Sudah dua hari aku bertugas di sini. Memang menjadi kebiasaan, aku adalah antara guru yang agak awal ke sekolah.Dan aku rasa agak kekok kerana baru pertama kali aku tidak ditugaskan mengajar murid yang bakal menduduki peperiksaan. Oleh kerana aku agak awal, pintu bilik guru masih belum dibuka. Aku ke pondok jaga pinjam kunci untuk buka bilik guru. Selepas dibuka, aku memanggil sekumplan murid perempuan yang kebetulan berada di tepi kelas untuk memulangkan semula kunci ke pondok jaga. Namun jawapan yang aku terima amat mengecewakan. "Eh...eh...eh.... dia suruh siapa ya?" aku tak dengarlah.... suruh siapa ya? heh heh heh......" Berderau darahku. Terasa panas cuping telinga mendengar ungkapan kurang ajar dari seorang murid" Entah di mana silapnya.... Sudah lebih 20 tahun aku bergelar pendidik. Inilah pengalaman paling pahit aku terima. Betapa besarnya cabaran yang bakal aku tempuh di sekolah baru.
Namun aku yakin, lama-kelamaan mereka akan kenal siapa aku sebenarnya. Aku cuma berdoa agar aku diberi peluang untuk memperkenalkan diri diperhimpunan pagi dan diberi kesempatan untuk masuk ke kelas murid perempuan tadi. Dan... setelah seminggu barulah aku berpeluang berbicara dihadapan ramai di perhimpunan mingguan pada hari Ahad. Seperti yang aku harapkan, aku mencabar murid yang berani melakukan kebiadaban pada guru akan berdepan denganku...... bersambung.....
Label: 1
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama